top of page

7 TIPS Berjaya Dalam Business - Nur Aliah Mohd Nor

Perkongsian dari Nur Aliah Mohd Nor

Lia terima banyak soalan dari rakan rakan facebook. Antara soalan yang sama Lia terima ialah,

"Macam mana Lia boleh berjaya dalam business? Apa tips-nya?"

Jadi sudikan Lia share dengan anda semua ya. Baca sampai habis tau?

Firstly, sebelum nak mulakan perniagaan, betulkan NIAT kita dulu. Niat la kita buat business kerana Allah dan Rasul. Bila niat kita betul, InshaaAllah Allah swt akan permudahkan segalanya.

Kedua, bermula dari bawah/zero. Lia bermula dari tak ada apa-apa, Lia berusaha dari bawah dengan cara Lia iaitu gunakan platform Facebook Lia untuk marketing. Lia buat soft selling je. Hard selling itu sekali sekala je.

Ketiga, Lia buka booth. Dulu Lia selalu join booth Mood Republik. Dari situ Lia dapat COLLECT DATABASE customer. Then, balik tu Lia whatsapp diorang semula dan perkenalkan diri Lia. Remember, database is a KING. Banyak database Lia dapat juga dari seminar-seminar yang Lia join, contohnya IMKK, ESQ, Sifufbads dan sebagainya.

Keempat, Lia CONNECTED dengan orang-orang hebat, orang-orang jutawan. Bila kita berkawan dengan orang jutawan, kita juga akan jadi jutawan. Jaga circle friends kita, make sure kita berkawan dengan mereka yang POSITIF dan HEBAT.

Kelima, Lia pasang TARGET. Lia selalu tulis target Lia di buku. Apa yang Lia nak capai, apa target Lia kena capai dalam masa sekian-sekian. Contoh target terbaru Lia, nak capai RM 400,000 untuk dua bulan ini. Set target dan wajib tulis.

Keenam, bina TEAM yang kukuh. Lia buat dengan cara bermula dari 10 orang team Chettaki Omey. Dari 10 orang, team Lia membesar ke 20, then ke 50, then up lagi ke 100. Dan Syukur Alhamdulillah sekarang team Chettaki Omey dah cecah 300 orang bersama Lia. Bermula dengan sikit, lama-lama jadi bukit.

Ketujuh, Lia letakkan "enthusiasm" dalam diri Lia. Lia tanamkan rasa CINTA dengan apa yang Lia buat ini. Business is my passion and desire. I have to struggle, and Lia happy, excited dengan apa yang Lia buat sekarang ini.

Kita buat kerja biar kerja yang kita memang suka and nak. Sebab itu setiap apa yang Lia set target, Lia akan bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya.

Itulah serba sedikit tips yang Lia boleh kongsi. Semoga Bermanfaat dan ambil point yang penting-penting ni ya.

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page