top of page

Strategi Rolling Duit Bisnes

ROLLING DUIT MASALAH UTAMA PENIAGA YG BARU

Siapa ada masalah ini?.. saya dulu pernah mengalami masalah yg sama. Dulu saya dah tiada modal pusingan sehingga terpaksa stop business ( 2008-2009 ) , malah dikelilingi hutang yg banyak 😭😂.. jadi kegagalan ni MENGAJAR saya dan memahamkan saya tentang PENTINGNYA ROLLING DUIT !

Dulu orang x ajar cara rolling duit.. ajar mcm mana nak closed sales n cari prospek tapi bab duit kene pandai sendiri hehe, Alhamdulillah pengalaman ajar kita jadi makin matang. Tapi, saya x nak semua gagal dulu baru paham 😅. Jadi saya ajar step ni berdasarkan pengalaman ya .. jika ader ilmu lain yg anda nak bantu sahabat kita disini sila kongsikan sekali ..

1) MINDSET KENE UBAH

BERNIAGA ni ibarat pelaburan / investment yg boleh kita control . Investment ! bila sebut jer investment risiko tinggi dan bila kita laburkan duit mungkin juga boleh lebur, tetapi berniaga investment yg boleh control bermaksud, semuanya atas kita.. perniagaan ini laju, slow , jalan atau tidak bergantung kepada kita .. so kita yg perlu make it happen

Tapi mindset INVESTMENT , perlu pegang.. duit yg dilaburkan jangan fikir keuntungan jangka masa sekejap.. DAH INVEST jangan pikir esok untung 1 produk boleh beli sayur dah.. simpan duit pelaburan tu ketat2 walaupun dah untung.. labur balik..

2) READYKAN DUIT LEBIH UTK MARKETING DLL

Dulu saya berniaga mula2 invest 10k, saya cari duit cukup2 untuk modal, kemudian saya luper saya perlu jumper customer , bill telefon kene bayar, broadband kene bayar, belanjer customer kene bayar, marketing kene bayar, kelas kene bayar dan banyak perkara . Saya student, mana nak cari duit kalo tak dengan pa n ma 🤣.. bila saya dapat closed customer , produk mahal masa tu, nak closed 1-2 orang kemudian susah nak closed.. duit yg ada saya buat survive .. abis dah duit rolling.. n duit nak backup marketing pun takder..

Itu sebbnya saya wat kejer2 luar juga , dah tak fokus, berniaga, student n kejer2 partime .. so how my investment.. abislah . Tapi 3 tahun juga bertahan.. kalo orang lain dah blah tapi sebb saa yakin saya boleh berjaya heheh sampai ke sudah saya pun stop. Dan saya yakin antara sebb saya stop dah takder modal pusingan .. best mcm mana pun business tu if modal dah takder awak duk tgk jer lah..

3) JANGAN PILIH BUSINESS / PANGKAT SEBB TERPENGARUH DENGAN PULANGAN.

Berapa besar kapasiti kita dlm ilmu perniagaan ?.. pernah berjaya dalam perniagaan? Jika Kita masih 0, tapi dah nak pegang title STOKIS / FOUNDER ( contoh pangkat paling besar ) yg orang warwarkan untung pun besar .. kita nak juga.. balik kepada yg pertama ready tak duit backup for marketing ilmu , rollin duit balik ke produk dll .

DAN jangan berharap BANTUAN ORANG, jika mereka bantu adalah bonus, tapi biasanya tiada istilah spoon feeding utk kita berjaya .. gunakan minda kita sebaiknya dan usaha kita utk berjaya , nak berhenti kerja sekalipun utk fokus perniagaan ada tak 6 bulan saving yg boleh survived dalam tempoh 6bulan tak kerja ..

Kaji kemampuan dan kapasiti kita , jika mental n fizikal belum cukup kuat betul2 baik bermula dari bawah.. fahamkan dulu baru naik tangga seterusnya .. saya bermula betul2 dari 0, bermula mcam konsep dropship juga , orang order saya ambil stock n post, terus keuntungan dalam poket 1 produk rm20 untung, saya buat lagi.. 2 tahub juga saya guna konsep ni sebb nak bayar hutang n survived , saya 0 😂 Semasa meniaga online, saya ader kawan dan saya dapat pinjaman rm1000, kawan kata buatlah aper2.. say ambik 400 saya mula beli stock.. 600 backup.. dan saya belajar menjual saya dapat balik 400 dengan cepat dan untung.. Alhamdulillah.. ni proses saya ... saya kenal business slow n steady mengikut kemampuan saya ..

Jadi jika anda tiada aper2 , takder kemampuan besar, kenal perniagaan dari bawah dan setiap perniagaan juga ader ilmu tersendiri.. sebb tu bermula dari dropship jangan malu , kenal dan buat.. bila dah rasa dah mula paham sistem n produk dah mula rasa untung n ader customer mula laju barulah upgrade.. upgrade dengan ilmu sekali...

Dalam market terlalu ramai orang terpengaruh , akhirnya tak dapat jual beli , sekali tu, nak dapat model balik jual balik dengan harga murah, atau harga modal atau bagi free kat orang.. ni yg berlaku dan akhirnya tukar produk lain.. dan akhirnya stop.. nak jadi founder juga bukan senang u need more back up money for marketing.. melainkan u ader pelabur yg kaya nak labur duit.. ohh alangkah indahnya dunia.. sampai la ni belum ader lagi pelabur tu hehehe .. buat saya lah.. awk? Mungkin ader

P/s : INI ADALAH PERSEDIAAN MENTAL TENTANG ROLLING DUIT .. Bagaimana nak rolling.. ??

STRATEGI ROLLING DUIT

1) CARA DAPATKAN MODAL

a) Other people money - gunakan modal dari orang lain. biasanya kita pinjam husband, atau mama ayah.. atau bank.. tapi please baca part pertama saya post sebelum ini i ya ! ( are your ready kapasiti / kemampuan utk berkembang cepat )

b) Dapat duit bonus, simpanan yg tak guna, dividen asb , jadikan sebagai modal.. modal ni pastikan tidak digunakan ya .. remember invest dulu.. jangan cepat sangt nak untung n gunakan keuntungan ..

2) katalah modal 2000, baper sebenarnyer kita perlu pinjam / perlukan - RM4000 .. sekali ganda.. 2000 modal stock, 2000 rizab utk marketing, untuk ilmu (dapatkan ilmu cepat especially tentang product yg ingin dijual ) dll . peringatan 2000 tu bukan utk di joli.. 4000 guna sebaik mungkin utk perniagaan .. lebih banyak modal sebenarnye lebih banyak rizab diperlukan utk rolling..

3) PULANGAN, Bila meminjam jangan gatal mulut ckp pinjam 4000, bayar bulan depan.. ! Mustahil anda mampu bayar secepat itu.. bukan skim cepat kaya ya ! Perlu usaha dan perlu rolling.. pinjam dan pulangan dalam setahun contohnya. Kira bulanan kene bayar balik contoh Rm350 , jadi tak beban..dan kita x desperate menjual tanpa hala tuju sebb tekanan... wajib bayar 350 tu supaya peminjam tak rasa mereka ditipu... kalo boleh ambik tempoh bertenang 3 bulan pertama tidak bayar apa2.

Dari kisah saya, oleh kerana pinjaman saya hanya utk modal , saya takder rizab utk lain2.. bila closed sales .. nak bayar balik pun tak mampu.. 😭 closed sale utk my life to survive n komitment..

4) jangan gunakan duit yg ader ni dalam tempoh min 3 bulan ( bermaksud segala duit yg di letak sebagai duit perniagaan ) - jangan usik.. gunakan lain akaun dan jangan campurkan dengan akaun saving peribadi . 3 bulan rolling dengan baik... ( invest dan reinvest balik dalam businesss ) .. owner atau peniaga tahan nafsu membeli.. gunakan duit kejer dan duit seperti mana sebelum ni kita sebelum berniaga ..

Sebb tu, x digalakkan behenti kerja terus utk memulakan business melainkan dah ader saving survive termasuk boleh bayar komitment bulanan selama 6 bulan... duit rizab hidup harian dengan business x sama ..

5) selepas 3 bulan, baru berikan gaji.. kepada anda sebagai pengusaha business.. no rewards from beginning... dalam tempoh 3 bulan ni betul2 work hard do marketing n kembangkan business cepat supaya u feel the momentum.. dan biler kita tgk duit dalam akaun tu kita rasa semngat utk teruskan langkah seterusnya ..

6) selepas 3 bulan , produk yg anda valuekan baper stock in hand, n kira untung bulan ke 4 tu .. dari keuntungan bulan 4.. barulah stabil untuk progres perniagaan seterusnya dengan pembahagian di bawah

p/s : ( ini contoh strategi pembahagian , boleh gunakan ur strategi lain jika anda rasa perlu banyak tabung )

a ) 25% A : untuk simpanan kembali perniagaan ( rizab )

b ) 25% B : untuk marketing n kembangkan perniagaan ( beli dan tambah stok dalam tangan )

c ) 25% : untuk diri sendiri ( rewards )

d ) 25% : untuk ilmu / upgrade business

Bermaksud disini 75% adlah utk business - ilmu, marketing dan simpanan . Biasanya kita akan invest lebih banyak pada marketing dan invest stock & membesar jadi ambik part dari simpanan dan ilmu..

Contoh : Jika 25% tak digunakan utk ilmu pada bulan tersebut boleh add on ke simpanan atau ke marketing... bukan rewards diri sendiri.. kalo guna maka rompak duit business namanya ..

7) Konsep ni tak terus digunakan sampai biler2.. bila dah betul2 berkembang .. cara berbeza boleh digunakan.. sebb keuntungan telah berganda.. so cara ini boleh digunakan utk setahun 2, main strategy berbeza pula pada kewangan kita.. kene creatif ya .. ini digunakan bila kita mulakan perniagaan.. kalo nak buat banyak sangt tabung kita masih belum mampu... so simple 4 bahagian ...

-----------------------------------------------------------

Contoh simple STARTEGI YANG DI AJAR.

Bulan 1

RM 2000 invest product, katalah produk rm20, jual rm 40, jadi kita ader 100 produk dlam tangan katalah abis rm200 utk do marketin ( permulaan ) jadi kita gunakann 2200 bulan pertama , rizab pertama ialah rm 1800

Jualan bulan 1

Katalah terjual 70 bulan pertama x 40 , RM2800 - modal RM 2000 : rm800 untung . 800 ni yang dibahagikan kepada 4 bahagian, Rm200 / bahagian ,

200 A : simpan jadi rizab, 200 B : marketing , 200 C : diri sendiri 200 D : ilmu / upgrade business

____________________

Bulan 2,

BAKI PRODUK : 30 , kita tambah 80 : jadi 110 produk MODAL BULAN 2 : 80 X 20 : RM 1600, BAKI MODAL PUSINGAN : RM 400 , RIZAB : RM 1800+200 = RM 2000 , MARKETING RM 200 B ( dari bulan 1 ) DIRI SENDIRI : RM 200 | ILMU UPGRADE : RM 200

Jualan Bulan 2

Katalah terjual 80 produk x 40 : RM 3200 - RM 1600 ( modal ) : RM 1600 ( untung ) rm1600 dibahagikan kepada 4 bahagian , rm400 / bahagian

400 A : simpan jadi rizab, 400 B : marketing , 400 C : diri sendiri 400 D : ilmu / upgrade business

______________________

Bulan 3

BAKI PRODUK : 40, kita tambah 130 : jadi 170 produk MODAL BULAN 3 : 130 x 20 : RM 2600 , BAKI MODAL PUSINGAN : 0, RIZAB : RM 2000 + 400 : RM 2400 MARKETING : RM 400 B ( dari bulan ke 2 ) DIRI SENDIRI : RM 600 | ILMU UPGRADE : RM 600

Jualan bulan 3

Katalah terjual 120 produk x 40 : RM 4800 - RM 2600 ( modal ) : RM 2200 ( untung ) RM 2200 dibahagikan kepada 4 bahagian , rm550 / bahagian

550 A : simpan jadi rizab, 550 B : marketing , 550 C : diri sendiri 550 D : ilmu / upgrade business

__________________

Bulan 4

BAKI PRODUK : 50, MODALPUSINGAN BULAN 4 : RM 2600 BAKI MODAL PUSINGAN : 0, RIZAB : RM 2400 + 550 : 2950, simpanan sebenarnyer RM950. MARKETING : RM 550 B ( dari bulan ke 3 ) bawa ke bulan ke 4. DIRI SENDIRI : RM 600 + 550 : rm 1150 ILMU UPGRADE : RM RM1150

Kesimpulannya kita dapat stabilkan perjalanana strategi kewangan kita dengan baik. Maka untuk akhir bulan ke 3, kita ada baki produk bawa ke hadapan, modal pusingan bertambah ( boleh tambah lagi dari rizab ) , duit marketing semakin bertambah , malah kita dah boleh collect duit RM1150 dan bulan seterusnya, kemudian ilmu atau reinvest business juga besar RM1150...

MAKA BULAN 4, bermula untuk kita terus meroket dengan momentum, mula belajar, mula di bayar gaji, mula besarkan business sikit demi sedikit. dan plan balik pusingan.. dengan baik... dan yang paling penting bayaran balik PINJAMAN modal awl , adalah melalui salah satu tabung ( ilmu / diri sendiri ) ...

p/s : ini adalah salah satu strategi.. boleh gunakan strategi yang berbeza2 kerana perniagaan perlukan strategi dan kreativiti.. jangan makan diri jer dah.. :) kene hadam betul2.. sebb saya tahu ramai tak suker math.. hehehe

Kredit kepada : Puan Ernayanee Nur Julaimi (Founder De'Xandra)

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page