Langkah Pertama Sebelum Mula Berniaga ANDA WAJIB TAHU !
Langkah Pertama Sebelum Mula Berniaga ANDA WAJIB TAHU !
Sebelum anda nak START buat bisnes, anda MESTI kenal pasti produk, market & target costumer terlebih dahulu. Ini sangat penting ya! supaya bisnes anda lebih "specific" dan anda takkan banyak buang masa mencari bukan target prospek anda.
Anda perlu tahu tentang Niche Market. Niche adalah kaedah untuk kumpul pelanggan yang memerlukan satu-satu produk atau servis yang tertentu. Bila anda tahu niche market, anda boleh kenal pasti pasaran anda dengan lebih khusus. Niche produk pula bermaksud produk-produk lain yang ada dipasaran yang sama market atau sama niche dengan produk kita jual tu. Tetapi bukan produk sama dengan produk kita jual.
Contoh pertama
Kalau kita jual produk Dexandra Perfume
Niche : penggemar perfume
Niche produk : perfume dubai / perfume grade / perfume original reject / original perfume.
Contoh kedua
Kalau kita jual pakaian bayi.
Niche - untuk bayi
Niche produk - makanan bayi,mainan bayi dan lain-lain produk utk bayi juga.
Contoh ketiga
Kita jual produk kecantikan nama Qu Puten Skincare.
Niche : untuk mereka yang inginkan kulit cerah, gebu & halus
Niche Produk : D'herbs, Sendayu Tinggi, V'Asia.
Untuk kita tahu niche kita perlu tanya diri kita, Produk kita jual itu untuk siapa? dan selesaikan masalah apa ? Baru kita akan dapat tahu niche. Lepas dah tahu niche . Barulah kita cari produk lain yang disasarkan sama dengan niche tu (niche produk).
Mengapa bisnes anda perlu mempunyai Niche sendiri?
1. Menunjukkan Anda Pakar Dalam Bisnes Anda
Hanya fokus dengan satu jenis produk, anda akan cuba pelbagai kaedah yang sesuai untuk tahu baik buruk produk dengan lebih mendalam. Anda tidak perlu lagi memikirkan strategi perniagaan yang terlalu rumit. Cukup dengan menguasai pasaran produk anda sahaja.
2. Mudah Dikenali Tak ramai peniaga yang boleh jadi pakar dalam bisnesnya. Bila dah jadi pakar, semua orang akan tahu tentang reputasi bisnesnya. Silap-silap, tidak mustahil anda dipanggil oleh stesen TV untuk ditemuramah tentang bisnes produk anda kerana anda sudah mula dikenali.
3. Mudah Dapat Pelanggan
Bayangkan dalam satu wilayah perniagaan yang jual macam-macam barangan, bisnes anda paling menonjol kerana produk jualan anda khusus untuk keperluan bayi, misalnya. Pelanggan tidak perlu buang masa mencari barangan bayi di tempat lain kerana bisnes anda sudah cukup untuk penuhi keperluan pengguna.
4. Ruang Mengembangkan Bisnes
Anda tidak perlu risau tentang untung rugi jualan produk yang lain. Dengan niche, anda ada ruang untuk fikir cara yang lebih baik untuk rancang strategi pemasaran baru bagi mengembangkan bisnes anda.
Bukan setakat itu sahaja, anda berpotensi untuk hasilkan rangkaian bisnes yang lebih besar dengan membuka cawangan bisnes di tempat lain.
Niche akan membuatkan perniagaan anda melonjak lebih tinggi dari peniaga yang menjual pelbagai produk. Bisnes anda akan menonjol apabila anda mepunyai kuasa sendiri dalam menentukan harga dan nilai produk anda.
Teknik Untuk Dapatkan Prospek
Dapatkan prospek berdasarkan niche produk sahaja.
1) Add friends orang yang like dan komen pada iklan/status yang ada kaitan degan niche produk sahaja. Bukan dari produk yg sama jenama dgn produk kita jual.
2) Konsisten setiap hari add friends dan cukupkan 5ribu friends dalam masa 1-2 bulan sahaja. Facebook anda akan jadi targated prospek
3) Dalam masa yg sama buat iklan di wall facebook. Banyakkan soft selling dan kurangkan hard selling.
FAQ
1. Jika produk sama, boleh tak kita add friends ?
- Tidak, salah dalam etika bisnes. Perlu add dari niche produk sahaja.
2. Kalau 1 facebook 3 jenis produk perlu add 3 jenis niche atau fokus 1 niche sahaja ? - 1 facebook 1 jenis produk kecuali 2 produk yang berbeza niche. Contohnya jual keperluan dapur (pinggan,magkuk,sudu) ini adalah sama niche. Cukup untuk 1 facebook.
3. Macam mana kalau saya baru daftar facebook, tak pelik ke add orang ? - Posting di wall personal dulu dalam 8 post baru add friends prospek.
4. Boleh ke saya nak add ramai, tak kene block ke nanti ? - Untuk facebook baru add 20 orang sahaja setiap hari dan konsisten sehingga tempoh matang dalam 1 bulan baru add 100 orang. Sama juga untuk facebook yang dah lama tak aktif, akan dikira macam facebook baru juga. Slow-slow add friends. 5. Saya dah add friends tapi mereka tak terima so facebook bagi tahu ada, 1000 friends yang tak approve. Macam mana nak buat ? - Saya cadangkan setiap 4 hari undo semula request friends yang pending dan tak approve friends kita.
6. Saya ada add friends tiba-tiba ada keluar confirmation kenal dia atau tidak, perlu tak saya add friends? - Tidak perlu, tekan “not”. Sebab kebanyakkan orang macam ni adalah cerewet dan mereka berpotensi akan block facebook kita.
Comments