Apa maksud SOHO?
SOHO = Small office. Home office. . Ramai yang start bisnes online tak ada kedai. Sebenarnya tak perlu. Bisnes dari rumah pun dah cukup baik. Tengok gambar tu. Tu SOHO saya masa mula-mula start DEXANDRA. Masa tu meja komputer mama, tapi nak jugak meja tu untuk dijadikan office. . Saya tak mulakan bisnes dengan semua serba serbi ada. Ada kata, kena setup cantik baru boleh run bisnes. TAK. Kalau ada duit lebih, buat marketing. Setup semua tu bila betul betul stabil. . Ada yang start jadi agent dah mula give up. Ada start jadi dropship, dah mula cari bisnes lain. Cuba FOKUS & KONSISTEN dulu. Bisnes ni bukan macam makan nasi terus kenyang. Memang hati KENA SADO sepanjang progress untuk berjaya. . Sebenarnya, kalau kita betul betul put 100% untuk berjaya, kita akan boleh buat. Cuma, kita tak dapat "tune" kita lagi. Sebab tu permulaan kita kena cari apa kekuatan kita dalam bisnes & kita FOKUS terus pada benda tu. . Contoh ; Awak minat kerja grafik, tapi boss suruh awak buat bahagian admin. Sudahnya, apa akan jd pada kerja awak? Sama dalam macam bisnes, cari kekuatan diri sendiri dulu. . Kalau rasa suka buka booth & tak minat online, fokus pada BOOTH sahaja. Tapi, online juga kena gerak. Ada cara dua dua awak boleh FOKUS, tapi FOKUS lebih pada booth. Boleh faham tak 😅 . Sebelum putus asa, cari KEKUATAN dulu. Penat dah setup PAGE cantik cantik, tapi nak tinggalkan semua tu. Kalau dah mula rasa GIVE UP, ingat balik macam mana mula mula kita start & siapa BIG WHY yang jadikan kita kuat dulu? Sampai kita langgar semua & tak dengar suara suara "biawak"? FOKUS. .
Jom kita lawan !
Comments